Pages

Saturday, June 15, 2013

KASIH IBU. ( Ilham Hudi, S.Pd )

Assalamualaiku. Wr.Wb...
 
Satu kisah benar yang  menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada  ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana  kebaktian kita kepada kedua-dua ibu bapa kita. Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din  dan adik beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang  tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya  mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian  ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu beliau akan  bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi pada hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar  dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan  si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak  pula. Setelah agak lama dengan ketiadaan si  ibu itu, lalu jiran-jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap  ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi  salam, tetapi tiada jawaban. Mereka kemudian  memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah  terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun meninggal dunia semasa dalam solat  Asar.
   
Mereka terus menghubungi anak-anak  allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh  jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz  Harun Din ini. Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din)  menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan  mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu,sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu. Maka ramailah orang-orang  kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang  kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan  tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak
dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah  diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai  ibu dan bapa,  bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur  kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk  berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan,di samping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita. Bagaimana pula peranan  kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan  ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan  berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita  sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang  sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan  agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar  menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah  dipertuturkan diatas tadi.
   
Sebenarnya ada seperkara lagi, Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg  masih ada hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya.Tanggungjawab anak masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka meninggal dunia, Selepas meninggal dunia,hendaklah anak-anaknya yang memandikan dan menyembahyangkannya.Dan selepas itu pula hendaklah selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk mereka. Disamping memelihara hubungan baik dgn saudara-saudara dan sahabat-sahabatnya. Kalau kita buat  perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kita juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa  yg ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka dalam doa  selepas sembahyang dan selalulah berzikir utk mereka.
   
Petikan ini saya terima dari seorang sahabat...renungkanlah agar kita mengambil iktibar dari apa yang ceritakannya. Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti  menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku dan berkorban apa saja demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku suatu hari  aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah berjumpa serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya. Sajaknya berbunyi begini.
 
    INILAH  MASANYA
    JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
    CINTAILAH IBU SEKARANG SUPAYA IBU TAHU
    KEINDAHAN DAN  KELEMBUTAN KASIH
    YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
    
    CINTAILAH IBU SEKARANG
    SEMASA IBU MASIH HIDUP
    USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH  PERGI
    KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
    DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI
   
    JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT  DIRI IBU
    TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
    JIKA KAU  TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
    SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT  MENDENGAR
    KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN
   
    OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
    WALAUPUN HANYA SECEBIS DARIPADA LAUTAN HIDUPMU
    LAFAZKAN  DAN BUKTIKAN SEKARANG
    SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
    AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA
   
Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan,tetapi aku tak pernah  meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku  mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya  ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan pekerjaanku. Sekarang baru aku terpikir ....... pernahkan rakan-rakanku melayaniku seperti ibuku ? Aku tahu jawapanya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang diberikan untuk aku dan  masa yang aku berikan padanya serta banyak manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya  berlalu begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.
    
Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa  kesal dan bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak sepertiku. Aku berharap kepada rakan-rakanku ..... insaflah dan  mengambil iktibar  dan  manfaat daripada surat ini.  Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda  derita dan  penyesalan. renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!.....pernah  kita bertindak sedemikian????? pernah kita merasa  kesal  dengan tindakan kita itu???????? andainya kita pernah  melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita, ubahlah sebelum  terlambat..........
   
Bukankah pepatah mengatakan  "syurga itu dibawah telapak kaki ibu"   ...
mulia  sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu.....

0 comments:

Post a Comment